Dalam Surah AnNur Ayat 35 Allah swt berfirman :
Yang bermaksud :
" Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
Tafsir Ibn Kathir menjelaskan :
'Ali bin Abi Talhah meriwayatkan perkataan 'Abdullah bin 'Abbas ra tentang firman Allah swt " Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. yakni " yakni Allah pemberi petunjuk bagi penduduk langit & bumi".
Ibnu Juraij berkata, Mujahid dan 'Abdullah bin 'Abbas ra berkata tentang firman Allah swt "Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi iaitu " yang mengatur urusan langit dan di bumi, mengatur bintang-bintang., matahari dan bulan."
Ibnu Jarir meriwayatkan dari Anas bin Malik ra, ia berkata : Sesungguhnya Allah swt berfirman : "Cahaya Ku adalah Petunjuk." Inilah pendapat Ibni Jarir.
Abu Ja'far arRazi meriwayatkan dari Ubay bin Kaab tentang firman Allah Pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahayanya " iaitu orang mukmin yang Allah resapkan keimanan dan alQuran kedalam dadanya.
AsSuddi dalam menafsirkan ayat ini berkata : "Dengan cahaya Nya langit dan bumi menjadi terang."
Dalam Kitab AsySyahihain di riwayatkan dari Abdullah ibn Abbas ra ia berkata : "Apabila Rasullullah saw bangun di tengah malam, beliau berdoa :
" Ya Allah segala puji bagi Mu, Engkau adalah cahaya langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalamnya. Segala puji bagi Nu. Engkau yang mengatur langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalam nya."
Firman Allah swt " Perumpamaan cahayaNya" ada dua pendapat berkaitan dengan gantinama Nya dalam ayat ini :
1. Menurut 'Abdullah bin'Abbas perkataan dhomir 'Nya' ialah kembali kepada Allah yakni perumpamaan petunjuk Nya dalam hati seorang mukmin seperti misykah ( lubang yang tak tembus).
2. Dhomir tersebut kembali kepada orang orang mukmin yang disebut dalam konteks kalimat yakni perumpamaan cahaya seorang Mukmin yang ada dalam hatinya seperti misykah . Hati seorang mukmin disamakan dengan fitrahnya iaitu hidayah dan cahaya alQuran yang diterimanya yang sesuai dengan fitrahnya. Seperti yang disebutkan dalam ayat lain yang bermaksud "Apakah orang-orang kafir itu sama dengan orang0orang yang mempunyai bukti yang nyata iaitu (AlQuran) dari Rabbnya, dan diikuti pula oleh seorang saksi (Muhammad) dari Allah". ( Surah Hud : 17).
Allah swt menyamakan kemurnian hati seorang muskmin dengan lentera dari kaca yang tipis dan berkilat, menyamakan hidayah alQuran dan syariat yang dimintanya dengan minyak zaitun yang bagus lagi jernih , bercahaya dan tegak, tidak kotor dan tidak bengkok. firman Allah swt ( kamisykaatin) adalah "seperti sebuah lubang yang tak tembus." Ibnu 'Abbas, mujahid, Muhammad bin Kaab mengatakan "Misykah adalah tempat sumbu pada lampu, itulah makna yang paling masyhur. Firman Allah swt "fiha misbaahun" ( yang di dalamnya ada pelita besar) iaitu cahaya yang terdapat dalam lentera. Ubay bin Kaab mengatakan : " Misbaah adalah cahaya iaitu alQuran dan iman yang terdapat dalam dadaseorang mukmin."
Firman Allah swt "Pelita itu adalah kaca," cahaya tersebut memancar dalam kaca yang bening. Ubay bin Kaab dan para ulama' lainnya mengatakan maksudnya adalah perumpamaan hati seorang mukmin.
Firman Allah swt " (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara." Sebahgian qari membacanya (durrun) tanpa huruf hamzah di akhir perkataan yakni seakan akan bintang yang seperti mutiara.
Sebahgian lain pula membacanya durriyyun dan durriun atau dirriun dengan kasrah dan dhommah huruf daal dan dengan hamzah yakni diambil dari kata addar u artinya lontaran. Kerana bintang apabila dilontar akan bercahaya daripada kondisi kondisi yang lain. Bangsa Arab menyebut bintang bintang yang tidak diketahui namanya sebagai daraariy. Ubay bin Kaab mengatakan yakni "Bintang-bintang yang bercahaya."
Firman Allah " yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, " iaitu berasal dari minyak zaitun pohon yang penuh berkah iaitu pohon zaitun Dalam kalimat zaitunah itu adalah badal. Firman Allah swt " yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat" bermaksud tempat tumbuhnya bukan disebelah timur hingga tidak terkena cahaya matahari di awal siang dan bukan pula di sebelah barat hingga tertutup bayangan sebelum matahari terbenam, namun letaknya di tengah-tengah, terus disinari matahari dari pagi hingga petang. Sehingga menghasilkan minyak yang jernih, sedang dan bercahaya.
Abu Ja'far ar Razi meriwayatkan dari Ubay bin Kaab ra berkata : iaitu pohon zaitun yang hijau dan segar yang tidak terkena sinar matahari bagaimanapun kondisinya baik ketika matahari terbit maupun matahari terbenam. Katanya lagi : " Demikinalah seorang mukmin yang terpelihara dari fitnah-fitnah. Adakalanya ia tertimpa fitnah namun allah meneguhkanya. Seorang mukmin sentiasa berada dalam 4 keadaan berikut :
1. Jika ia berkata ia jujur.
2. Jika menghukum ia berlaku adil.
3. Jika diberi cubaan ia bersabar
4. Jika diberi sesuatu ia bersyukur.
Keadaannya dibandingkan dengan manusia lainnya seperti seorang yang hidup berjalan ditengah-tengah kubur orang-orang yang sudah mati.
Firman Allah swt " Yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api," Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam mengatakan : "Yakni disebabkan kilauan minyak yang bercahaya. Firman Allah : "Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)," Al 'Aufi meriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Abbas ra bahawa maksudnya adalah iman seorang hamba dan amalnya.
Ubay bin Kaab berkata tentang firman Allah swt 'Cahaya di atas cahaya" yakni tidak lepas dari 5 cahaya.
1. Perkataannya aadalah cahaya.
2. Amalnya adalah cahaya.
3. Tempat masuknya adalah cahaya.
4. Tempat keluarnya adalah cahaya.
5. Tempat kembalinya adalah cahaya pada hari Kiamat iaitu Syurga.
AsSuddi mengatakan bahawa "Maksudnya adalah cahaya api dan cahaya minyak, apabila bersatu akan bersinar, keduanya tidak akan bersinar dengan sendirinya jika tidak berpasangan. Demikian pula cahaya alQuran dan cahaya iman manakala bersatu. Tidak akan bercahaya kecuali bila keduanya bersatu."
Firman Allah swt " Allah membimbing kepada cahaya Nya siapa yang Dia kehendaki." Allah membimbing kepada hidayah siapa yang Dia kehendaki seperti yang disebutkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari 'Abdullah bin'Amr ra bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda :
" Sesungguhnya Allah Taala menciptakan makhlukNya dalam kegelapan. Kemudian Allah swt memberi cahaya Nya kepada mereka.Barangsiapa yang mendapat cahayaNya pada saat itu bererti dia telah mendapat petunjuk dan barangsiapa tidaka mendapatkannya bererti dia telah sesat.Oleh itu aku katakan AlQuran (penulis takdir) dari ilmu Allah swt telah kering."
Setelah menyebutkan perumpamaan cahayaNya dan hidayahNya dalam hati seorang mukmin, Allah menutup ayat ini dengan firmanNya : " Dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusias, dari Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." Iaitu Dia mengetahui siapa yang berhak mendapat hidayah dan siapa yang berhak disesatkan.
Mohonlah pada Allah swt cahaya ini yang dengannya kita dilindungi dari kesesatan yang merugikan.
Wallahu alambissawak...
No comments:
Post a Comment