Wednesday, 14 September 2011

Melihat Dengan Mata Anda..


Setiap hari kita melihat wajah kita ke dalam cermin kita sentiasa meneliti wajah kita dengan cukup teliti sekali. Samada untuk membersihkan muka, untuk menyikat rambut atau memberus gigi. Setiap hari juga kita melihat rambut kita, mata kita , hidung, bibir, mulut, gigi, lidah, telinga dan kulit kita untuk memastikan ianya dalam keadaan yang kita senangi..bersih, cantik dan sihat. Jika kita bangun di satu pagi dan melihat sebalah mata kita sudah tiada tentulah kita menjadi amat sedih dan bimbang tentang mengapa ia terjadi begitu.


Dari sejak kita kecil hingga ke dewasa itulah kerja kita...menilik dan meneliti dan sesetengah daripada kita sanggup berbelanja besar demi memastikan ia kekal cantik, muda dan jelita.


Bahkan sebenarnya kita tidak mungkin akan dapat melihat wajah kita dan seluruh tubuh kita dan bangga dengan apa yang kita miliki sendainya mata kita kabur atau buta. Allah menganugerah mata kepada kita untuk melihat dan menyaksikan kewujudan diri kita dan alam sekaitar kita.


Jika diberi ganjaran yang hebat pun kita tidak akan mengcungkil mata kita dan membutakan mata kita sebagaimana yang di lakukan oleh P.Ramlee dalam filem Ibu Mertua Ku, kerana kita sedar tanpa mata sukar untuk kita menjalani kehidupan kita seharian. Anda akan teraba-raba dan dunia anda jadi gelap dan gelita.


Siapakah yang memberi anda mata yang dengan mata itu anda mampu melihat, meneliti, merancang dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk setiap perlakuan dalam hidup anda?


Sudahkah  anda melihat dengan teliti dengan mata anda siapa sebenarnya diri anda dan siapa Pencipta mata anda?





No comments: