Thursday, 13 October 2011

Allah Yang Menerangi Langit dan Bumi Dengan Cahaya ( Surah AnNur Ayat 35 )

Dalam Surah AnNur Ayat 35 Allah swt berfirman :

24:35








Yang bermaksud :

" Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Tafsir Ibn Kathir menjelaskan :

'Ali bin Abi Talhah meriwayatkan perkataan 'Abdullah bin 'Abbas ra tentang firman Allah swt " Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. yakni " yakni Allah pemberi petunjuk bagi penduduk langit & bumi".

Ibnu Juraij berkata, Mujahid dan 'Abdullah bin 'Abbas ra berkata tentang firman Allah swt "Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi iaitu " yang mengatur  urusan langit dan di bumi, mengatur bintang-bintang., matahari dan bulan."

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Anas bin Malik ra, ia berkata : Sesungguhnya Allah swt berfirman : "Cahaya Ku adalah Petunjuk." Inilah pendapat Ibni Jarir.

Abu Ja'far arRazi meriwayatkan dari Ubay bin Kaab tentang firman Allah Pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahayanya " iaitu orang mukmin yang Allah resapkan keimanan dan alQuran kedalam dadanya.

AsSuddi dalam menafsirkan ayat ini berkata : "Dengan cahaya Nya langit dan bumi menjadi terang."

Dalam Kitab AsySyahihain di riwayatkan dari Abdullah ibn Abbas ra ia berkata : "Apabila Rasullullah saw bangun di tengah malam, beliau berdoa :

" Ya Allah segala puji bagi Mu, Engkau adalah cahaya langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalamnya. Segala puji bagi Nu. Engkau yang mengatur langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalam nya."

Firman Allah swt " Perumpamaan cahayaNya" ada dua pendapat berkaitan dengan gantinama Nya dalam ayat ini :

1. Menurut 'Abdullah bin'Abbas perkataan dhomir 'Nya' ialah kembali kepada Allah yakni perumpamaan petunjuk Nya dalam hati seorang mukmin seperti misykah ( lubang yang tak tembus).

2. Dhomir tersebut kembali kepada orang orang mukmin yang disebut dalam konteks kalimat yakni perumpamaan cahaya seorang Mukmin yang ada dalam hatinya seperti misykah . Hati seorang mukmin disamakan dengan fitrahnya iaitu hidayah dan cahaya alQuran yang diterimanya yang sesuai dengan fitrahnya. Seperti yang disebutkan dalam ayat lain yang bermaksud "Apakah orang-orang kafir itu sama dengan orang0orang yang mempunyai bukti yang nyata iaitu (AlQuran) dari Rabbnya, dan diikuti pula oleh seorang saksi (Muhammad) dari Allah". ( Surah Hud : 17).

Allah swt menyamakan kemurnian hati seorang muskmin dengan lentera dari kaca yang tipis dan berkilat, menyamakan hidayah alQuran dan syariat yang dimintanya dengan minyak zaitun yang bagus lagi jernih , bercahaya dan tegak, tidak kotor dan tidak bengkok. firman Allah swt ( kamisykaatin) adalah "seperti sebuah lubang yang tak tembus." Ibnu 'Abbas, mujahid, Muhammad bin Kaab mengatakan "Misykah adalah tempat sumbu pada lampu, itulah makna yang paling masyhur. Firman Allah swt "fiha misbaahun" ( yang di dalamnya ada pelita besar) iaitu cahaya yang terdapat dalam lentera. Ubay bin Kaab mengatakan : " Misbaah adalah cahaya iaitu alQuran dan iman yang terdapat dalam dadaseorang mukmin."

Firman Allah swt "Pelita itu adalah kaca," cahaya tersebut memancar dalam kaca yang bening. Ubay bin Kaab dan para ulama' lainnya mengatakan maksudnya adalah perumpamaan hati seorang mukmin.

Firman Allah swt " (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara." Sebahgian qari membacanya (durrun) tanpa huruf hamzah di akhir perkataan yakni seakan akan bintang yang seperti mutiara. 

Sebahgian lain pula membacanya durriyyun dan durriun atau dirriun dengan kasrah dan dhommah huruf daal dan dengan hamzah  yakni diambil dari kata addar u artinya lontaran. Kerana bintang apabila dilontar akan bercahaya daripada kondisi kondisi  yang lain. Bangsa Arab menyebut bintang bintang yang tidak diketahui namanya sebagai daraariy. Ubay bin Kaab mengatakan yakni "Bintang-bintang yang bercahaya."

Firman Allah " yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, " iaitu berasal dari minyak zaitun pohon yang penuh berkah iaitu pohon zaitun Dalam kalimat zaitunah itu adalah badal. Firman Allah swt " yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat" bermaksud tempat tumbuhnya bukan disebelah timur hingga tidak terkena cahaya matahari di awal siang dan bukan pula di sebelah barat hingga tertutup bayangan sebelum matahari terbenam, namun letaknya di tengah-tengah, terus disinari matahari dari pagi hingga petang. Sehingga menghasilkan minyak yang jernih, sedang dan bercahaya.

Abu Ja'far ar Razi meriwayatkan dari Ubay bin Kaab ra  berkata : iaitu pohon zaitun yang hijau dan segar yang tidak terkena sinar matahari bagaimanapun kondisinya baik ketika matahari terbit maupun matahari terbenam. Katanya lagi : " Demikinalah seorang mukmin yang terpelihara dari fitnah-fitnah. Adakalanya ia tertimpa fitnah namun allah meneguhkanya. Seorang mukmin sentiasa berada dalam 4 keadaan berikut :

1. Jika ia berkata ia jujur.
2. Jika menghukum ia berlaku adil.
3. Jika diberi cubaan ia bersabar
4. Jika diberi sesuatu ia bersyukur.

Keadaannya dibandingkan dengan manusia lainnya seperti seorang yang hidup berjalan ditengah-tengah kubur orang-orang yang sudah mati.

Firman Allah swt " Yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api," Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam mengatakan : "Yakni disebabkan kilauan minyak yang bercahaya. Firman Allah : "Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)," Al 'Aufi meriwayatkan dari 'Abdullah bin 'Abbas ra bahawa maksudnya adalah iman seorang hamba dan amalnya.

Ubay bin Kaab berkata tentang firman Allah swt 'Cahaya di atas cahaya" yakni tidak lepas dari 5 cahaya.

1. Perkataannya aadalah cahaya.
2. Amalnya adalah cahaya.
3. Tempat masuknya adalah cahaya.
4. Tempat keluarnya adalah cahaya.
5. Tempat kembalinya adalah cahaya pada hari Kiamat iaitu Syurga.

AsSuddi mengatakan bahawa "Maksudnya adalah cahaya api dan cahaya minyak, apabila bersatu akan bersinar, keduanya tidak akan bersinar dengan sendirinya jika tidak berpasangan. Demikian pula cahaya alQuran dan cahaya iman manakala bersatu. Tidak akan bercahaya kecuali bila keduanya bersatu."

Firman Allah swt " Allah membimbing kepada cahaya Nya siapa yang Dia kehendaki." Allah membimbing kepada hidayah siapa yang Dia kehendaki seperti yang disebutkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari 'Abdullah bin'Amr ra bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda :

" Sesungguhnya Allah Taala menciptakan makhlukNya dalam kegelapan. Kemudian Allah swt memberi cahaya Nya kepada mereka.Barangsiapa yang mendapat cahayaNya pada saat itu bererti dia telah mendapat petunjuk dan barangsiapa tidaka mendapatkannya bererti dia telah sesat.Oleh itu aku katakan  AlQuran (penulis takdir) dari ilmu Allah swt telah kering."

Setelah menyebutkan perumpamaan cahayaNya dan hidayahNya dalam hati seorang mukmin, Allah menutup ayat ini dengan firmanNya : " Dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusias, dari Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." Iaitu Dia mengetahui siapa yang berhak mendapat hidayah dan siapa yang berhak disesatkan.

Mohonlah pada Allah swt cahaya ini yang dengannya kita dilindungi dari kesesatan yang merugikan.

Wallahu alambissawak...



Wednesday, 21 September 2011

Siapakah Tuhan Kamu dan Dimanakah Dia?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang .......


Allah telah menjelaskan kepada kita bahawa  Dia lah yang mencipta seluruh alam ini termasuk manusia dalam enam masa dan Dia bertahta di atas ArasyNya mencipta, mentadbir, melindungi, memelihara dan memerintah seluruh alam ini.....


Firman Allah dalam surah AlBaqarah 2 Ayat  54 :                                                  


7:54
Yang bermaksud :

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan ( Ia pula yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekelian makhluk) dan urusan pemerintahan.. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Yang  Mentadbirkan sekelian alam."

Firman Allah dalam Surah Toha 20 : Ayat 5 :

20:5

Yang bermaksud :

"Itulah (Allah) ArRahman Yang bersemayam di atas Arasy."

Dan di dalam Surah Yunus 10 Ayat 3 Allah berfirman :


10:3
Yang bermaksud :

"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah , Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan keadaan kamu maka tunduklah dan taatlah kepada perintahNya. Patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?"

Friday, 16 September 2011

Makna Nama Allah

Allah ialah Tuhan yang Satu. Tuhan yang disembah oleh umat Islam dan orang-orang yang menganut agama hanif. Ia adalah bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan yang Esa. Allah lah yang mencipta, mentadbir dan memiliki seluruh alam ini. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan seluruh alam. (Surah alFatihah Ayat 2)

Nama Allah tidak melambangkan jantina lelaki atau perempuan. Allah tidak melambangkan sifat plural atau banyak. Di dalam AlQuran nama Allah disebut sebanyak 2,698 kali. Nama Allah ditetapkan oleh Allah sendiri. Ini disebut di dalam AlQuran di dalam Surah Toha Ayat 14 yang bermaksud :

" Ssungguhnya Aku adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku."

Perkataan Allah adalah khusus dan bebas. Ia bebas dari struktur bahasa dan maknanya. Dari sudut bahasa, perkataan  Allah adalah jamid atau unik. Ia tidak diambil dari mana-mana perkataan. Ia bukan terbina dari perkataan " al  illah "."Al" dalam nama Allah tidak boleh dipisahkan daripada Llah sebagaimana dalam bahasa Arab seperti al masjid atau al kitab. Jika ia ditambah dengan perkataan "al" sebagai perkataan awalan, maka ia  bermakna ada banyak Tuhan yang berbeza. sedang nama Allah selama-lamanya kekal sebagai Allah Tuhan yang Esa.

Nama Allah tidak boleh dijantinakan menjadi perempuan atau lelaki.  Dan nama-nama lain tidak boleh diterbitkan dari nama Allah.

Nama Allah mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada nama lain. Ia adalah nama yang mempunyai huruf-huruf sempurna sesempurna sifat Allah. Ia mempunyai makna yang sempurna sehinggakan ia disebut oleh ulama' sebagai 'ismu Allah al a'dzam' yang bermaksud nama Allah yang mulia dan dikabulkan doa bagi mereka yang menyebut namaNya di dalam doanya.

Serulah nama Allah setiap saat dan ketika.. dan kita akan merasakan keluarbiasaannya.....

Wednesday, 14 September 2011

Matahari & Mata Tanpa Cahaya



Tanpa cahaya mata tak akan mampu melihat. Bagai berjalan di malam hari yang hitam dan pekat. Tanpa cahaya bulan, cahaya pelita atau elektrik tak akan mungkin mata dapat melihat. Dari manakah datangnya cahaya ini ?

Dimalam hari cahaya yang menerangi malam ialah sang bulan. Sedang di waktu siang mataharilah yang memancarkan cahayanya untuk menyinari bumi. Bulan mendapatkan cahayanya dari matahari. Tanpa matahari bulan juga tak mungkin bercahaya. Cahaya dari matahari sebenarnya ialah disebabkan gas-gas yang panas membakar. 


Inilah yang telah ditemui oleh Saintis tentang matahari yang dipetik dari wikipedia untuk renungan kita bersama.

Matahari merupakan bintang yang paling dekat dengan Bumi, iaitu 
berjarak rata-rata 149.600.000 kilometer .  

Berdasarkan penghitungan menggunakan Hukum Newton dengan 
melibatkan nilai kecepatan orbit Bumi, jarak matahari, dan daya graviti,  massa matahari sebesar 1,989x1030kilogram. Angka 
tersebut sama dengan 333.000 kali massa Bumi.  Sementara itu, 
diameter matahari adalah 1.392.000 kilometer atau 865.000 mil, 
sama dengan 109 kali diameter bumi. Sebagai perbandingan, 
sebanyak 1.3 juta planet seukuran Bumi dapat masuk ke dalam 
matahari. Oleh karena itu, matahari menjadi objek terbesar di tata 
surya dengan massa mencapai 99.85% dari total massa tata surya.

Berdasarkan penghitungan dengan metod analisis radioaktif, 
diketahui bahwa batuan bulan, meteorit dan batuan bumi tertua 
yang pernah ditemukan berusia sekitar 4.6 juta tahun. Sementara itu, 
sampel batuan matahari belum pernah didapatkan sehingga 
penghitungan dilakukan secara matematik menggunakan model 
interior matahari. Berdasarkan hasil penghitungan matematika 
adalah matahari dikirakan berusia 5 ± 1.5 juta tahun. Namun, 
oleh karena tata surya diketahui terbentuk sebagai satu kesatuan 
dalam waktu yang berdekatan maka kini secara umum matahari 
dianggap berusia 4.6 juta tahun. Matahari tergolong bintang  G 
V, dengan ciri memiliki suhu permukaan sekitar 6.000 K dan 
umumnya bertahan selama 10 juta tahun. Matahari dikirakan 
berusia sekitar 7 juta tahun lagi, sebelum hidrogen di intinya habis.
Bila hal tersebut terjadi, matahari akan mengembang menjadi 
bintang raksasa berwarna merah yang dingin dan 'memakan' planet-
planet kecil di sekitarnya (mungkin termasuk Bumi) sebelum 
akhirnya kembali menjadi bintang kerdil berwarna putih kembali.

Daya graviti di matahari sebanding dengan 28 kali graviti di Bumi. 
Graviti ini dapat menahan planet planet yang lain tetap berputar mengelilinginya. 

Radiasi matahari, lebih dikenal sebagai cahaya matahari, adalah 
campuran gelombang elektromagnetik yang terdiri dari gelombang 
infrared, cahaya tampak, sinar ultraviolet. Semua gelombang elektromagnetik ini bergerak dengan kecepatan sekitar 3.0 x 108 m/s. Oleh karena itu radiasi atau cahaya memerlukan waktu 8 menit 
untuk sampai ke bumi. Matahari juga menghasilkan sinar gamma, 
namun frekuensinya semakin kecil seiring dengan jaraknya 
meninggalkan inti.



Matahari memiliki enam lapisan yang masing-masing memiliki 
karakteristik tertentu. Keenam lapisan tersebut meliputi inti 
matahari, zona radioaktif, dan zona konvektif yang membentuk 
lapisan dalam (interior); fotosfer; kromosfer; dan korona sebagai 
daerah terluar dari matahari.


Kerana matahari lah tumbuh2an mampu membuat fotosintesis dan hidup subur. Kerana matahari air mengeluap dan angin menolak awan dan menurunkan hujan. Kerana matahari bumi masih berputar di atas paksinya mengelilingi matahari.

Begitulah hebatnya matahari yang ditemui saintis.....kita pun tak 
pernah mengetahui hal2 yang terperinci mengenainya jika saintis 
tidak menemukannya. Hebatnya hanya bila kita cuba melihatnya 
sehinggakan jika mata memandang mata kita tak mungkin akan 
sanggup menatapnya...bahkan jika dicuba juga pasti mata akan jadi 
buta.



Lebih hebat lagi Pencipta yang mencipta cahaya dan matahari ini.
Pernahkah kita terfikirkannya ?


Allah berfirman di dalam Surah AnNaba 78 : Ayat 6 - 16 yang bermaksud :
" Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan,
dan gunung-gunung sebagai pasak,
dan Kami mencipta kamu berpasang-pasangan,
dan Kami jadikan tidur mu untuk istirehat,
dan Kami jadikan malam sebagai pakaian,
dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan,
dan Kami bangunkan di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh,
dan Kami jadikan pelita yang terang benderang (matahari),
dan Kami turunkan dari awan air hujan yang tercurah dengan hebatnya,
untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman,
dan kebun-kebun yang rendang..."



Melihat Dengan Mata Anda..


Setiap hari kita melihat wajah kita ke dalam cermin kita sentiasa meneliti wajah kita dengan cukup teliti sekali. Samada untuk membersihkan muka, untuk menyikat rambut atau memberus gigi. Setiap hari juga kita melihat rambut kita, mata kita , hidung, bibir, mulut, gigi, lidah, telinga dan kulit kita untuk memastikan ianya dalam keadaan yang kita senangi..bersih, cantik dan sihat. Jika kita bangun di satu pagi dan melihat sebalah mata kita sudah tiada tentulah kita menjadi amat sedih dan bimbang tentang mengapa ia terjadi begitu.


Dari sejak kita kecil hingga ke dewasa itulah kerja kita...menilik dan meneliti dan sesetengah daripada kita sanggup berbelanja besar demi memastikan ia kekal cantik, muda dan jelita.


Bahkan sebenarnya kita tidak mungkin akan dapat melihat wajah kita dan seluruh tubuh kita dan bangga dengan apa yang kita miliki sendainya mata kita kabur atau buta. Allah menganugerah mata kepada kita untuk melihat dan menyaksikan kewujudan diri kita dan alam sekaitar kita.


Jika diberi ganjaran yang hebat pun kita tidak akan mengcungkil mata kita dan membutakan mata kita sebagaimana yang di lakukan oleh P.Ramlee dalam filem Ibu Mertua Ku, kerana kita sedar tanpa mata sukar untuk kita menjalani kehidupan kita seharian. Anda akan teraba-raba dan dunia anda jadi gelap dan gelita.


Siapakah yang memberi anda mata yang dengan mata itu anda mampu melihat, meneliti, merancang dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk setiap perlakuan dalam hidup anda?


Sudahkah  anda melihat dengan teliti dengan mata anda siapa sebenarnya diri anda dan siapa Pencipta mata anda?